Kementerian serta agensi berkaitan digesa menggiatkan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengawal akses kepada pornografi menerusi alam siber dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata perkara itu merupakan agenda penting dalam kementeriannya namun memerlukan penglibatan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan bagi menjayakannya.
Menurutnya kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 menunjukkan 35.3 peratus mereka yang berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi dengan kebanyakannya mengakses bahan itu melalui Internet, telefon pintar serta cakera padat atau cakera video digital lucah, sekali gus meningkatkan risiko remaja sekolah terlibat dalam perlakuan seks.
"Tidakkah ini menakutkan kita? Sebab itu pelaksanaan kempen kawalan penggunaan gajet dan Keluarga Bijak Siber perlu diperluas," katanya berucap merasmikan Seminar Keibubapaan 'Sekeluarga Tolak Pornografi', di sini hari ini.
Katanya kerajaan juga komited untuk memperkasa Dasar Keluarga Negara sebagai panduan kepada semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 29 2018
Mudah sungguh bahan lucah di akses dalam zaman serba canggih ini. - Gambar hiasan
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
Miliki 67 gambar dan 55 video lucah dalam telefon bimbit, pembantu kedai didenda RM5,000
Seorang pembantu kedai didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit tahun lalu.
Saksi kes Ebit Lew tak dibenar beri keterangan melalui kamera
Mahkamah Majistret Tenom tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk saksi seterusnya bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.
'Influencer' Singapura didakwa kongsi bahan lucah melalui OnlyFans
Low, 22, dipercayai pencipta kandungan OnlyFans pertama di Singapura yang didakwa kerana berkongsi bahan lucah.
Youtuber kontroversi Singapura, Amos Yee, didakwa miliki pornografi perempuan bawah umur
Remaja itu beberapa kali memberitahu Amos tentang usianya, namun Amos telah mengarahkannya supaya memadam maklumat usia dalam profil WhatsAppnya.
Tiada lagi kandungan lucah di Tumblr bermula 17 Disember ini
Melalui dasar baru, kandungan erotik dan foto bogel yang mempunyai nilai berita serta terkait dengan hasil seni sahaja diterima untuk platform berkenaan.
Kanak-kanak semakin mudah mengakses pornografi? Ini tak boleh jadi!
35.3 peratus mereka yang berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi dengan kebanyakannya mengakses bahan itu melalui pelbagai medium dan platform.
Nur Fitri peroleh kebenaran diekstradisi ke Malaysia
Nur Fitri telah memperoleh kebenaran untuk diekstradisi ke Malaysia selepas berakhir tempoh hukuman.
Kesalahan Nur Fitri jenayah yang amat berat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kesalahan Nur Fitri Azmeer Nordin sebagai satu jenayah yang amat berat.
Teruskan hukuman penjara kepada pesalah pedofil - pembaca Astro AWANI
Setakat jam 7 petang tadi, majoriti pembaca yang melayari portal Astro AWANI bersetuju bahawa Nur Fitri harus meneruskan hukuman penjara tidak kira di Malaysia atau United Kingdom.
Pedofil: 'Buat apa nak beri peluang kedua?' - Media Sosial
Ramai netizen yang menyuarakan rasa ketidak puas hatian mereka sejurus berita penjatuhan hukuman kepada Nur Fitri memenuhi portal-portal berita